Sunday 25 August 2013

INILAH RAYA AKU

HI ASSALAMUALAIKUM

hai korang , ergh kenyang . aku baru lepas makan nasi lemak ayam . kenyang sangat ! :) dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri . maaf zahir dan batin . even aku rasa dah sangat lambat untuk aku wish . hmm raya tahun ni kurang meriah pulak aku rasa . entah kenapa dan mengapa . tapi aku ada cerita tersendiri raya kali ni ! raya korang camne ? malu tahap gaban beb . serius . alau tak silap raya ke 4 kot . kalau tak silap la . sumpah malu . rasa nak selit jerk celah-celah pasu time tu . arghhh !

masa malam raya ke4 tu , entah kenapa malam tu rumah aku penuh . nenek makcik pakcik cousin . senang cite kaum kerabat aku lah . ada datang raya kat rumah aku . so mak aku masak lah mee bandung . sedappp . aku ni jenis susah sikit nak keluar rumah tanpa sebab . kalau terpaksa baru keluar . dari malam raya tu , aku just tengok jerk abang and adik aku main bunga api and mercun bagai . malas pulak rasanya nak join . tapi entah kenapa malam raya ke4 ni ada satu kekuatan datang . dia suroh aku join . mula-mula tengok bola . kat dalam rumah . Malaysia lawan ape entah . tak ingat . memang bising lah rumah bila gol pertama Malaysia tu  . sumpah tak tipu . so masa break time tu la aku keluar .

mula mula main bunga api . tengah main bunga api tu la rumah aku makin penuh bila pakcik dari jb sampai . fuhh ! penuh penuh . then aku dah mula start main mercun mancis and naga . baling baling . nak habiskan stok . haha . sekali bakar aku bakar 5 . banyakk ooo . then bila aku dah over sikit , nak cari lah mercun lain . tetiba aku jumpa satu mercun dalam plastik tu . macam mercun pengantin laa . so first impression aku tengok ni konfem best . sebab cousin aku mesti suka . hahaha . bongok . then , aku stand la mercun tu kat depan rumah . makesure takde kereta yang lalu dulu . so semua dah ready . aku bakar .

apa yang korang rasa lepas tu ? perghh ! mother father gentleman betol . mula mula memang la dia keluar bunga api macam pengantin tu . tapi lepas tu , BBOOOOMMMMMMMMMM ! dia meletop siakk . fuhhh . semua kat dalam rumah yang tengah sedap borak tu diam . terkejot aku . bunyi dia macam mercun ketupat tambah bola tambah mancis tambah telor  . sumpah triple kuat . berdengung telinga masing masing . dah la pukul 11.30 malam . jiran semua dah meleleh air liur . ada yang tengah mengigau agaknya . kalau aku yang sedar ni pon terkejot , ni yang tengah tido . 

lepas tu aku cuma buat muka innocent . sumpah . senyum terpaksa walaupun malu . hahahahaha . cakap jerk tak taw . senang cerita . argh ! malu sungguh . then aku buat buat la masok rumah . minum air duduk kejap . then main balik . hahaha . tapi bunga api jerk lah . tak nak sentuh mercun lagi . malu . ergh .

kelabu tema kami tahun ni !
ini kakak aku , cantik kann  ! haha
ini pose sendiri bila bosan 
tu dia nak tunjuk duit raya dia !

Tuesday 20 August 2013

JIWANG ❤

cinta itu satu fitrah
dalamhidup sejagat kita
biar tak semurni cinta Ilahi
wujud dihati sejak azali
hatta cinta hadir tanpa kita sedari
hatta sayang menjengah tanpa kita undang
namun bila hati rancak berbunga
ia tidak pernah dusta pada yang setia
paras rupa bukanlah penghalang
berdiri depan adalah
KESETIAAN DAN KEIKHLASAN
bila hati sama sayang
bila hati sama suka
namun jodoh masih belum bersama
ini satu ketentuan
usahlah kecewa , usahlah takut keterlaluan
pasti digantikan jauh lebih baik

*aku masih sayangkan dia
  walau aku sedar tiada nilai aku disisinya
  tak salah aku menunggu
  walau aku tahu , aku tahu dan aku pasti
  dia masih sayangkan dia
  jauh nun disana , aku tahu
  namun aku tidak terlalu berharap
  kerana aku tahu ia akan menyakitkan
  aku masih kuat , aku masih mampu
  aku sayang kamu .


                                                                                               NUKILAN ,
                                                                                               aizat mustaqim

Friday 16 August 2013

BERJIMBA !

HI :) Assalamualaikum

pejam celik pejam celik pejam celik . dah cukup . sekejap jerk rasanya dah nak beraya kann . dah hampir sebulan kita puasa . rasa macam tak rasa tak rasa kan . eh pelik jerk ayat . ye lah kita puasa tapi rasa macam masa berlalu terlalu cepat . memang la . kalau masing-masing dah sibok dengan hal masing-masing . memang lah tak rasa kan . cuba kita hayati bulan barakah ni . hmmm . haha . cehhcehh , cakap dengan cermin aku ni . aku sendiri pon rasa sekejap . mana tak nya , kalau takde kelas . katil dengan bantal busuk awal-awal lagi dah hasut aku . iman aku lemah beb ! sapa tahan . layan jerk la . sometimes sampai tak sedau langsung time sahur . even aku dah kunci jam pon , lagu 22 by taylor swift . kuat tu . tu pun tak boleh bangun -..-'' tapi solat subuh tu still ada okay . cuma lambat sikit . ngee :D

bertarikh 31 Julai 2013 adalah tarikh keramat buat budak diploma kat sini . bukan main happy bagai bila dah abes exam . macam dapat bmw sorang sebijik . serius . muka masing-masing yakin dapat result okay . hahaaha . hari tu hari rabu . so ada yang keluar tengok wayang lepas tu . last paper adalah paper pendidikan islam . aku keluar dewan agak lambat sebab profesor madya ada pesan kat aku . dia kata cam ni lah lebih kurang . makan dalam jugak .

' saya kan lah , kalau saya jadik awak semua . saya akan duduk dalam dewan exam tu sampai abes masa . walaupun saya dah tahu dah dapat capai target , but why not saya dapat lagi baik dari tu . itu jep peluang saya .. '

so back to the title , budak bilik depan aku ni ada cakap nak pegi jb . shopping raya katanya . aku balik melaka sabtu . so why not aku join . aku punya lah mohon nak ikot . mula-mula tu tak dapat , then bila aku buat muka sedih , dapat jugak . yeeayyy . rasa macam nak goncang jep bilik tu . hahaa . bukan apa cuma aku tak pernah jejak kat jb tu lagi . selalu kuala lumpur jep . tak pernah okay , serius ! then dia kata budak-budak ni sewa kereta . so masing-masing kena hulurkan bantuan ringankan beban . okay . no problem . singkatkan cerita , masa hari khamis tu aku kunci jam awal sikit . nak iron baju . nak kemas bilik . nak mandi . nak pack barang sikit . hmm . pagi-pagi lagi sorang membe ni dah kejot aku . bangunn ! bangunnn ! erghh . lebih rela dengar pontianak mengilai kat telinga ni lah .. bising jep . hahaha . silap aku jugak . kenapa tidow lupa nak kunci pintu . amek kau . padan muka . nasib baik bukan toyol yang masok . 

so pagi tu kteowg gerak naik kereta sewa myvi auto . kereta gurl katanya . patot lah kemas semacam jep . perjalan pon bermula . mula-mula kteowg singgah di JPO kat sebelah highway tu . act kteowg salan masok tol . malu beb . gelabah masing-masing . so kteowg uturn then sempat ngorat and tanya akak kat tol tu . dia kate teros jep nanti jumpa lah . oh terima kasih akak . tapi bukan aku sorang jep perasan tapi dua tiga orang jugak kawan aku perasan . muka akak-akak yang jaga tol ni semua sama jep . dari tol tempat kteowg keluar tadi . pelik jep . hahaha . tak kesah lah . so tujuan sebenar kteowg pegi JPO ni bukan nak shopping , tapi nak tunggu satu lagi kereta katanya . tapi bila tunggu tak sampai-sampai jugak . kteowg jalan-jalan jep cuci mata kat JPO tu . cantik tempatnya .





bila call balik kereta lagi satu tu , dorang kata jaoh lagi . so kteowg pon teroskanlah perjalanan ke jb . buat plan sendiri . nasib baik google maps membantu . hahaha . sampai jep jb kteowg cari city square . ada orang panggil bandar petak . sampai jep kat tengah bandar jb tu , dah la masing-masing tak pernah jejak . bertawaf dulu lah jb tu . erghh . sampai jumpa parking kat celah perosok mana entah . tak jaoh dari city square . kena menapak sikit lah . lepas penat pusing-pusing kat dalam tu . kteowg pegi danga bay . lepak-lepak saja semetara tunggu buka . ada lah jugak usaha nak cari bazar Ramadhan . tapi hammpehhhh ! tak jumpa langsung . so kteowg decide jep buka kat depan city square . ada restoran . terpaksa . 

malam tu kteowg decide pegi bazar jb . tak jaoh dari situ . pasar karat katanya . macam-macam ada . member dua orang ni nak cari seluar jeans . so ikot jep lah dorang jalan . walaupon kaki aku dah penat . kuat kan jep lah . apa boleh buat . nak jaga hati kawan . tengah shopping kat situ , cehh shopping lah sangat . tetiba ada orang text dia kata nak bawak pegi pandan city . lagi best kata . so go on jep lah . 



hah , lupa nak cerita pasal kat pasar karat . masa tengah jalan-jalan , tetiba ada satu kedai jual pets . haiwan peliharaan . aku terus lari bila nampak ada ular sawa . sumpah aku lari . ergh . takot . walaupon dia letak dalam akuarium plastik , aku tetap takot . maaf . batal niat aku nak lalu situ . aishhh . spoil mood betol . okay . maaf teremotional . sambung cerita , kat pandan city tu aku beli naju melayu . aku lebih suka beli kat bazar dari beli kat butik . sama jep semuanya . layan jep lah . tapi baju aku ni dia yang pilihkan . sape dia ? someone special . hahaha . member aku yang dok jb lah . tak lah someone special sangat . kawan saje . then aku keluar jalan dengan dia . tapi member yang lain tu dorang keep shopping dekat pandan city . aku bukan nak tinggalkan dorang tapi dia nak bawak aku pusing jb . on saje lah . bukan selalu pon . tapi dorang tunggu aku dekat pam minyak . dekat dengan tol .

senang cerita lepas dorang abes shopping dorang lepak kat tepi laut . aku jalan dengan member naik kerete dia . aku bukan pentingkan diri . tapi dia yang nak . tak dapat buatt apa lah . so masa amat terhad . dah berkali-kali dorang call aku . aku mengalah kali ni . aku suroh dia hantar aku kat pam minyak tu . then kat situ lah dia salam semua kawan aku and cakap bawak kereta baik-baik . kteowg bertolak balik dalm pukol 5 pagi kalau tak silap . hahaha . nak meggunakan sepenohnya kereta sewa . sebab limit samapi pukol 9 pagi . katanya . hahahaha :) so kteowg pon gerak balik . aku ketiduran dalam kereta . si pemandu pulak maintain 120 km per jam . haha . samapi universiti dalam pukol 6 pagi . 

fuhh , penatt ! okay laah berudur dulu . tangan lenguh . perlukan rehat . see you guys  selamat hari kemenangan . ops , lupa . aku tak cerita semua sebab censored . ngeee :D tak lah . kalau cerita panjang lebauuuu . boleh patah jari aku ni oo ! tangan dah penat ni . kbai Assalamualaikum .

Monday 29 July 2013

NASI DULANG


HI :) Assalamualaikum

macam biasa , usai solat Asar . aku teros bangun dari sejadah yang aku bawak dari rumah . aku solat kat bilik jep . tapi kalau ada  kerajinan sikit . aku turon lah pegi surau . sekangkang kera jerk kot >.< cuma aku jerk yang malas  . semua tu depends on aku . kalau rajin pegi lah . kalau tak solat kat bilik jerk la . tapi yang penting kita solat kan ? **krikkrikk** so lepas jep bangun dari sejadah aku lipat then pegi toilet kejap . cuci cawan sahur pagi tadi ! eh , aku bukan pemalas okay . cuma time tu pulak ada rasa malas sikit . standard la tu wey , korang pon ada rasa malas jugak kan . ayat minta kena baling mangkuk dah mula . hahahahaha ^^,
then lepas basuh jerk cawan , letak atas meja then teros ketuk bilik depan aku ni .

' azhar , bukak pintu jap ! ' 

' hah , nak pe ?'

' sat gi nak buka nat masjid ke ? '

' hmm , ikot kau lah '

' eh , aku pulak .. '

' abes tu .. '

' hah , ye lah  ..buka kat masjid taw ..gerak awal sikit , kang tak dapat pulak makanan '

' okay okay '


ni lah masjid uthm ! awesome :)


hmm si azhar ni budak bilik depan bilik aku . so first time nak bukak puasa hari tu kat masjid . teruja okay >.< hahaha .  then lepas aku ajak dia . aku pon teros capai tuala aku kat side katil . pegi mandi sebab dari pagi tak mandi . almaklumlah takde kelas hari tu . free abess gila . cuma gosok gigi and cuci muka Dashing yang aku beli kat mall . nak promote kejapp -,- Dashing ni okay lahh . lepas jerk kita cuci muka . kita akan rase kulit kita ni licin dan gebu . kulit rasa macam kulit baby walaupun sekejap . tapi segauu lah jugak muka lepas pakai bnde alah ni . nampak lah sikit macam dah mandi . wkwkwkwkwkwkwkwkw :3 *syarikat DASHING , take note . nnti post duet kat alamat rumah okay . penat promote . **krikkkkrikk lagii **

so kteowg teroskan journey to the mosque . just a stone's throw away from our hostel . nak naik bas malas nak tggu . so kteowb jalan jerk lah sambil menikmati keindahan ciptaan tuhan . cehhcehhh . actually memekak jerk sepanjang jalan . hoho . that's normal okay . sebab tk nak rase jaoh and penat :) sampai jerk kat masjid , kat tempat makan tu . korang taw aku nampak apa . aku nampak pic bawah ni .

yang ini agak over ! sajew nak show >.<

hahah , yang atas ni tipu jerk ! pewpew . pic betol kat bawah sikit . korang scroll nnti nampak la . tu pon lebih kurang . hmm so satu dulang kteowg makan 4 orang jep . kalau agak-agak tak cukup kteowg kongsi lah dalam 5 orang . ni bukan lah first time aku tengok tapi agak terkejot jugak time tu . jarang orang sajikan aku makan dalam dulang . so bila kita fikir balik banyak advantages makan dalam dulang ni . antara nya jimat masa nak tunggu sorang-sorang basuh pinggan . then maybe ukhwah pon boleh diperkuat kann . hmmm . *thumbsup ! * lepas makan tu dalam group tu akan ada sorang yang basuh dulang . tak lah sampai kena masok washing machine . nasi and lauk tu po dia alas atas plastik . so dulang tu agak bersih lah juga lagi >.< air ? layan diri okay . owg dah bagi makan free tu buat lah cara yang sepatotnya . amek lah air kat luar . sometimes sampai lima jenis air dia sediakan . pilih lah mana korang nak . untungkan . jimaattt duit :) nak  tengok sangat kann pic yang sama . nahh !

lebih kurang lah , tapi nasi banyak sikit :/


thus , lepas buka . solat maghrib pulak . kat bahagian atas masjid . orang gila jerk datang masjid semata-mata nak buka.  then blah macam tu jerk . tu namanya mengong ! gila ! tak pandai syukur ! earkk , emo pulak . ye lah . cuba lah syukur sikit . okay lupakan . lepas maghrib . kteowg beransur gerak ke bilik semula . tarawih ? hmmm okay lah . hahaha . k la . nak pegi beli makanan buat sahur . see you guys . kbai . cau . Assalamualaikum .