Monday, 29 July 2013

NASI DULANG


HI :) Assalamualaikum

macam biasa , usai solat Asar . aku teros bangun dari sejadah yang aku bawak dari rumah . aku solat kat bilik jep . tapi kalau ada  kerajinan sikit . aku turon lah pegi surau . sekangkang kera jerk kot >.< cuma aku jerk yang malas  . semua tu depends on aku . kalau rajin pegi lah . kalau tak solat kat bilik jerk la . tapi yang penting kita solat kan ? **krikkrikk** so lepas jep bangun dari sejadah aku lipat then pegi toilet kejap . cuci cawan sahur pagi tadi ! eh , aku bukan pemalas okay . cuma time tu pulak ada rasa malas sikit . standard la tu wey , korang pon ada rasa malas jugak kan . ayat minta kena baling mangkuk dah mula . hahahahaha ^^,
then lepas basuh jerk cawan , letak atas meja then teros ketuk bilik depan aku ni .

' azhar , bukak pintu jap ! ' 

' hah , nak pe ?'

' sat gi nak buka nat masjid ke ? '

' hmm , ikot kau lah '

' eh , aku pulak .. '

' abes tu .. '

' hah , ye lah  ..buka kat masjid taw ..gerak awal sikit , kang tak dapat pulak makanan '

' okay okay '


ni lah masjid uthm ! awesome :)


hmm si azhar ni budak bilik depan bilik aku . so first time nak bukak puasa hari tu kat masjid . teruja okay >.< hahaha .  then lepas aku ajak dia . aku pon teros capai tuala aku kat side katil . pegi mandi sebab dari pagi tak mandi . almaklumlah takde kelas hari tu . free abess gila . cuma gosok gigi and cuci muka Dashing yang aku beli kat mall . nak promote kejapp -,- Dashing ni okay lahh . lepas jerk kita cuci muka . kita akan rase kulit kita ni licin dan gebu . kulit rasa macam kulit baby walaupun sekejap . tapi segauu lah jugak muka lepas pakai bnde alah ni . nampak lah sikit macam dah mandi . wkwkwkwkwkwkwkwkw :3 *syarikat DASHING , take note . nnti post duet kat alamat rumah okay . penat promote . **krikkkkrikk lagii **

so kteowg teroskan journey to the mosque . just a stone's throw away from our hostel . nak naik bas malas nak tggu . so kteowb jalan jerk lah sambil menikmati keindahan ciptaan tuhan . cehhcehhh . actually memekak jerk sepanjang jalan . hoho . that's normal okay . sebab tk nak rase jaoh and penat :) sampai jerk kat masjid , kat tempat makan tu . korang taw aku nampak apa . aku nampak pic bawah ni .

yang ini agak over ! sajew nak show >.<

hahah , yang atas ni tipu jerk ! pewpew . pic betol kat bawah sikit . korang scroll nnti nampak la . tu pon lebih kurang . hmm so satu dulang kteowg makan 4 orang jep . kalau agak-agak tak cukup kteowg kongsi lah dalam 5 orang . ni bukan lah first time aku tengok tapi agak terkejot jugak time tu . jarang orang sajikan aku makan dalam dulang . so bila kita fikir balik banyak advantages makan dalam dulang ni . antara nya jimat masa nak tunggu sorang-sorang basuh pinggan . then maybe ukhwah pon boleh diperkuat kann . hmmm . *thumbsup ! * lepas makan tu dalam group tu akan ada sorang yang basuh dulang . tak lah sampai kena masok washing machine . nasi and lauk tu po dia alas atas plastik . so dulang tu agak bersih lah juga lagi >.< air ? layan diri okay . owg dah bagi makan free tu buat lah cara yang sepatotnya . amek lah air kat luar . sometimes sampai lima jenis air dia sediakan . pilih lah mana korang nak . untungkan . jimaattt duit :) nak  tengok sangat kann pic yang sama . nahh !

lebih kurang lah , tapi nasi banyak sikit :/


thus , lepas buka . solat maghrib pulak . kat bahagian atas masjid . orang gila jerk datang masjid semata-mata nak buka.  then blah macam tu jerk . tu namanya mengong ! gila ! tak pandai syukur ! earkk , emo pulak . ye lah . cuba lah syukur sikit . okay lupakan . lepas maghrib . kteowg beransur gerak ke bilik semula . tarawih ? hmmm okay lah . hahaha . k la . nak pegi beli makanan buat sahur . see you guys . kbai . cau . Assalamualaikum .


Saturday, 27 July 2013

KENAPA TAK BOMBA ?

HI :) Assalamualaikum


Alhamdulillah hari aku bangun awal , adalah dalam setengah jam awal . hahaha . satu anjakan paradigma lahh katakan . actually tak pon . pagi ni sayup sangat . matahari tak berapa terang tak berapa redup . memang sayup lah katakan . budak hostel ni pon aku yakin ramai yang tengah buat taik mata lagi >.< then macam biasa lah , lepas sahur aku duduk kejap ..tapi aku tak tahu kenapa aku terlalu fikirkan pasal dia , entah kenapa ntah tetiba hari ini dia tak kejot aku bangun sahur . selalu bila nampak dia call aku , aku teros segau . serius nokkk , tak tipu :3 tapi mungkin dia penat agaknya . mana tak nyew tengok wayang balik pukul bapa . hmmmm nak kena dia ni :3 hahahahahahaaa . 

'akim , bangun sahur ..aku dah masak air dah ni . '

sedap jerk suara budak bilik aku kejot aku pagi tadi , macam suara taylor swift tambah sket sleng ziana zain . okay tak paham kan . then aku bangun , dengan pakai short jerk tidow .fuhhh sejuk ohh ! dah la tak pakai baju , semata-mata nak sedauu awal . biar sjuk asal bangun ..earkk =.=' pelik jerk . hahaha . then jalan pegi toilet dengan mamainya . btw kali ni nasib aku tak baik jugak . kalau hari tu langgar pintu tandas first , hari second pulak . dah lah ada sorang budak sama kelas nampak ! malu okay .  hmmm mengong nye pintu . aku benci kau selamanyaa ^^, hahahaha. lepas cuci muka tu balik bilik then buat lahh air vico 3 in 1 . makan roti bom beli kat cafe . sekeping jerk kot . tu jerk lah yang tinggal lepas aku melantak dua keping malam tadi . tak selera .lepas makan borak , solat then tidow blek -,-'

'pami , kalau bangun awal kejot aku taw !'

'okay , pon kejot aku jugak .. '

hakikatnya dua ekor ni bangun lambat . cuma aku awal setengah jam dari semalam :) hmm back to the title . ambition ? apekah . ambition maksudnya cita-cita . apa yang kita sume nak jadik satu hari nanti . konferemfem sume orang ada ambition dorang masing-masing . soo same goes macam aku jugak . kalau nak diceritakan banyak kot . kalau lah aku listkan kat sini , nnti kena tukau title pulak ! JOB VACANCY PLEASE , hahaha . siot jerk . so salah satunya doktor . not doktor actually , tapi pakar bedah . eh -.-' lebih kurang je lah tu ! aishhh . tapi tu sume hanya tinggal kenangan sebab aku tak boleh lah bawak biology dalam otak aku ni . rasa macam ada lori bajak jerk kat kepala . kenapa ? sebab act aku tak berapa minat kot . mungkin . masa aku sekolah rendah aku nak double triple sangat jadik bomba . sampai ada satu hari tu , masa aku serabai dulu kat sekolah rendah , ada lori bomba datang buat pameran ..aku tak balik kelas langsung . siap berborak dengan abang bomba tu . 

saya pon nak pose jugak , haha (:


'adik nnti nak jadik apa dik ?'

'oh saya memang nak jadik bomba bang , sebab tu saya tak balik kelas ..'

'hahaha , tapi kan dik nak jadik bomba ni kena berani . tak boleh takut api , air , ular dan darah '

' apa bang ? ular ? besar ke kecik bang ? '

'besar lah dik , kalau kecik nenek abang boleh halau ..haha '

' cam tu ke , baru saya tahu . ingtkan padam api jerk '

then , lepas borak dengan abang tu , aku pon balik kelas . start dari situ lah aku takot nak jadik bomba . jaoh dah tinggalkan bomba . hahahahha . bukan sebab apa , aku paling takot dan akan takot mungkin lari kalau nampak ular . aku sangat takot okay . kalau pegi zoo pon jangan harap aku nak pegang ular sawa tu . oh sory . boleh terkencing agaknya bila nmpak ular . serius dowh . aku takot . cacing pon aku takot jugak . agak-agak bila aku jadik bomba , then kena pegang ular . oh memang tak sama sekali . lebih rela kena pecat -__-' . bongok gila . masuk jerk sekolah menengah aku start nak jadik arkitek . yang bakal malakar pembangunan negara di masa hadapan . cehhcehhh **krikkkk** tapi niat nak jadik arkitek ni tak ubah sampai aku form 5 , lepas jerk form 5 aku kena ubah sebab dapat kos technology civil engineering . agak lari sikit . perasaan ? sedihh sampai nak baling jerk phone kat laut . hahahaha . serius sedih . sume tak tahu macam mana sedih nya . only god knows . feeling kejap .


YOU  WILL NEVER SEE THE STARS IF YOU ARE ALWAYS LOOKING DOWN


ada budak group aku , kat sekolah dulu ..dapat tajaan mara kos senibina . jealous bagai . tapi mati-mati dia tolak sebab dia langsung tak minat . dalam group aku sorang jerk yang minat bab-bab cam ni . dorang nak jadik doktor and engineer . dia kata kalau boleh lah pas benda alah tu kat aku . dah memang aku teros kepada arkitek lahh jawabnya . aku tak dapat sebab result pon cukup-cukup makan jerk . tak cukup usaha agaknya >.< so aku pon dah dapat tawaran dari universiti . 


pintu masuk jerk kot dah megah >.<

apa boleh buat , nasi dah jadik tahi . terima jerk lah . Alhamdulillah sekarang aku cuba balik set mind aku yang agak runsing . aku boleh terima hakikat yang aku dijadikan untuk menjadi seorang engineer . aku terima cabaran tu . ayat minta kaki . jap abeskan yat dulu . so aku rasa aku boleh . hah baru boleh belasah . cepat .
so sekarang semua orang ada cita korang kann *krikkkk* kejar lah bnde tu . bnde apa ? ambition korang tu lah . jangan malas nak usaha . kita nak kita kena usaha . batu dapat . kan dah typo . hahahha . okayy cau dulu . k Assalamualaikum

NOTE : usaha lahh kalau kita nak jadik apa pun -,-' pencuri pon usaha nak curi duit . okay tak kena mengena . belasah cepat .

Thursday, 25 July 2013

RINDU ZAMAN SEKOLAH

HI :) Assalamualaikum

feel rindu kat sekolah biasanya happen kat budak u macam aku. biasalah kan dari kecik mama and papa kita hantar kita kat tadika or taska. sikat rambut belah tepi dan bekal makanan tu perkara wajib mesti ada setiap hari. kalau takde mesti kita mengamuk. merajok tak nak pegi sekolah. kalau macam aku dulu. tadika aku ada buaian. alaaaa yang macam kat taman permainan kanak-kanak tu. setiap kali waktu rehat , sume akan makan laju-laju kalau boleh nak amek turn naik benda alah tu. hmm mana tak nya , ada dua jerk. budak-budak comel pulak bukan seketul dua , ada lah dalam 20 orang. earkk -,-' berebut tu menjadi perkara penting. so kepada tadika-tadika di seluruh negara, perbanyakkanlah buaian okay. **gurau** aku masih ingat lagi cikgu tadika aku. pasangan suami isteri >.< then perkara yang aku ingat sampai sekarang dia ajar aku kteowg makan buah limau. comel kannn ! *krikkkkkk*

lepas dah dewasa sikit , actually tak kot. hahaha .sekolah rendah yang tersimpan seribu kenangan. bnyak perkara yang aku tak dapat nak lupakan. contohnya masa aku darjah empat.

cikgu bm    : "okeyh kelas , hantar buku penulisan. kerja rumah yang saya bagi awak semua kelmarin ." 

aku             : "baik cikgu. "    *semangat*

cikgu bm    : "sape yang tak bawak , tak siap tak apepon , datang depan ."



tetiba bila aku cari balik buku tu dalam beg power rangers aku , takde pulak ! eh kalau tak silap aku malam tadi aku dah masukkan. sebab semalam jugak aku dah siapkan dengan bantuan ayah ' hmm tertinggal lah ni . oh my gucci ! then dengan muka innocent aku pegi berbaris kat depan. jantung memang tak yah cakap lah. mengalahkan hussein bolt , agaknya kilat pon kalah. ada la dalam 10 orang jugak. masing-masing muka macam simisimi ,comel tapi takut . hmm maklumlah rotan dah sedia menunggu. masa turn aku nak kena rotan , cikgu tnya kenapa. explanation aku mengalahkan karangan yang aku buat semalam. tapi tak diterima jugak. sobsobs (T.T) lepas semua dah kena rotan , aku dengan tak puas hati double triple checked bag aku tu. rupanya buku tu ada , terselit kat bawah meja masa aku keluarkan buku maths. erghhhhhhh ! sakitnya hati hanya tuhan yang tahu. aku pon hantar lah buku tu kat cikgu. hmm satu kelas ketawakan aku , malu siot >.< putih-putih melati , merah-merah muka aku. rasa macam nak lari jerk pusing padang. btw semua ni adalah kenangan yang mungkin aku tak kan lupa sampai aku dah bercicit. InshaAllah .


tapi zaman sekolah menengah adalah perkara yang paling aku tak boleh lupa. pahit , manis , masam dan masin mungkin adalah satu pengalaman yang aku tak akan lupa. aku dihantar ke asrama sejak aku form 1 , senior banyak panggil aku jambu. tapi bukan aku sorang sebab almaklumlah muka budak-budak lagi. lagi satu sebab aku rapat dengan ramai senior. oh what the ! benda yang aku tak suka bila malam-malam aku kena panggil senior pegi bilik dorang. dorang suroh aku menyanyi ! hahahahahahaha. soo sometimes aku nyanyi jerk lah , tapi sometimes tak. ada satu hari tu aku nyanyi lagu pencinta wanita **famousmasatu**. suma yang ada dalam tu ketawa kat aku. hmm nak sangat aku nyanyi kann. kan dah keluar suara lunak aku. lepas nyanyi ada yang bagi aku aku air kotak. baik jugak senior aku rupanya :) aku tak kesah pon kena panggil. as long as dorang tak buli aku ==' hahaa. tapi yang peliknya bila dia suroh tiup kipas angin sampai pusing tapi suis tak bukak ! hmmmm cam ne tu ? hahaha. 

SETIAP DETIK YANG KITA LALUI WALAUPUN SEKEJAP AKAN MENINGGALKAN 

KENANGAN YANG AKAN KITA INGAT SAMPAI BILA-BILA


oh birthay prank ! benda yang paling aku benci. tepung , air nila , campak kolam and so on menjadi perkara biasa. lari lah mana pon , rakan setingkatan sedia membantu. bila time hari birthday jerk , kalau boleh tak nak cakap kat orang. cuma diam seribu bahasa ^^, the best way nak elak bnde alah ni. by the way , sejaoh mne pun kita lari , kita still tak dapat keluar kawasan sekolah . budak-budak yang agak hawauw pun akan turut serta dalam marathon ni ^^, demi mengejar mangsa . kahkahkah .bila dh dapat first thing is campak kolammm ! eeeuuuwwwww . kolam yang agak berlumut , sapa yang sanggup .

tidow dalam kelas lah , kena jalan itik sebab tak siap homework , kena tengking . hmmmmmm perkara biasa lah . dah sebati kat diri ni . so kalau tak nak kena , terpaksa lahh menyenggangkan mata sendiri sampai pagi nak buat homework , sometimes dalam satu hari banyak dia mengalahkan bilangan rakyat India . errrrr . tp untuk kejayaan kita jugak kan .

masa tinggal form 5 jerk kat hostel , bila semua budak dah amek cuti bersalin . akhir tahun lah katekan . kteowg form 5 jerk tinggal kat hostel . inilah masanya untuk menggunakan semua facilities yang disediakan , hahaha . dah lah dalam tempoh iddah exam tu , before paper biology and chemistry . soooo kteowg jadik cergas sikit , snap sana snap sini dalam pukul 2 a.m kalau tak silap >.< besst gila . banyak pic gila yang kteowg amek . contohnya baring atas tar sambil menikmati keindahan malam and atas bumbung dewann . hahaha -.-' api pic tu sensored ! bahaya menanti (: inilah masanya untuk tunjukkan siapa diri kita sebenar .




english drama competition ^^,

malam-malam terakhir di sekolah :3

bersama cik senah , pakar bidang masakan :)

snap pic ! hobi kami >.<

tapi yang paling sedih adalah saat perpisahan antara kami. masing-masing ada hala tuju mereka. saat perpisahan ni memang kteowg menangis kerana bukan senang kita nak berjumpa lepas keluar jerk dari sekolah. even stylo ang gangster mana pon dia , nangis jugak jemah oi ! choyyy , hahahaha. bagus dalam hati ada taman :) hmm banyak lagi kenangan yang aku tak akan lupakan sampai aku mati. kalau nak cerita kat sini , rasenya penat nak mambaca kann , **krikkkkkkrikkk lagi**

hmm di kesempatan ini , aku cuma nak cakap yang aku rindu zaman sekolah aku ! serius , ni bukan mambang. setiap orang mesti ada kenangan dorang masing-masing. k la , agak mengantok lagi ni . kejap lagi nak solat jumaat :* k nak sambung tidow. Assalamualaikum



NOTE : siapkan homework taw -__-' and cari buku sampai jumpa ! jangan mengalah .hahah . i love my    schools 

COKLAT DAN STRAWBERI

HI :) Assalamualaikum


tajuk yang agak pelik kali ni , namun tiada ungkapan lain yang mampu menceritakan perihal ini. Namun disetiap detik yang kita lalui itu pasti meninggalkan secebis kemanisan walaupun kadang-kadang mengundang gerimis mendung di hati kita. Tatkala kita gembira , ada juga insan yang sedang bersedih. Kita harus berdepan dengan semua ni sebab ini adalah situasi kehidupan yang sebenar. for those who in depression and blues , keep strong guys ! you can face it , believe in yourself :)



JANGAN LUPA UNTUK MINTA MAAF DAN MEMAAFKAN ORANG LAIN SEBELUM TIDUR , TAKUT

 TAKUT MALAM INI ADALAH MALAM TERAKHIR KITA DI DUNIA INI 


macam biasa , menjadi habit aku iaitu menjenguk sebentar di facebook dan twitter. walaupun sekejap, ia dah cukup memadai. hanya kerana nak tengok notification dan news feed. just that. aku bangun pagi berbekalkan muka yang agak suram, aku bangun dari katil yang agak empuk. yang penting bantal busuk kita. *thumbsup* guys sape yang ada bantal busuk. susah rasanya nak tido dan mungkin tak nyenyak lagi tidur kita kalau takde bantal busuk ! kankan **krikkrik**then aku bangun jerk dari katil aku teros menghidupkan komputer riba aku yang sedia ada kat atas meja study tu. before that on phone kejap ada text masok.



i think you already sleep. gudnite , suwet dream :)

so aku terus off balik and capai tuala. bergerak ke bilik air. agaknya masih mamai sampai pintu pon tak perasan. apa lagi ? nasib baik takde sape yang nampak. terus segar aku dibuatnya. hahaha. so lepas mandi tu , buka twitter tengok ada satu interaction ni. sakit hati jugak lah. dari malam tadi tak abes-abes ketawakan aku. bukan sorang tapi berdua. mereka sahabat. geram aku dibuatnya. Namun usaha aku bukan setakat disitu, aku pun buat lah rancangan dengan budak geng dia yang lain. bukan apa pon , cuma niat nak bergurau. dorang suma gurl. comel ala kak ton gitu (: hahaha. bila budak gurl ni dah start minta maaf kat aku, aku pon sajew buat tak layan. memohon gila kat twitter. actually dah lama aku maafkan dia, cuma nak tengok sejauh mana tahap keikhlasan dia. hahahahaha.jahat kan aku. whateverlah.. aku pon sent lah direct massage kat member dia yang lain.



hmm, aku saja-saja buat tak layan dia. so kamu diam jerk taw. haha . taw taw .tapi aku dah lama maafkan dia (: jangan salah paham ,

then bila abes jerk kelas kenegaraan yang menggabungkan kami semua , tetiba ada orang bagi aku coklat cadbury hazelnut . feveret tu . rupanya dia yang bagi nak minta maaf sebab pasal kat twitter tu . hahahaha . tak stop kteowg ketawa . dia amek serius benda ni . muka dia lain masa kteowg cakap ni just for fun . kteowg bukan jahat cuma tu lahh , nak gurau . sorry gurl ! lepas ni jangan buat lagi taw . tapi coklat tu tetap aku amek simpan buat kenangan (: wrapper dia jerk la. coklat aku makan .




next pasal strawbery tu , actually lollipop jerk kot . hahaha . apa ? nak tumbok ? jap tggu aku abeskan cerita . dalam sem khas ni , kteowg di wajibkan ambil pendidikan Islam . almaklumlah aku sendiri pon tak barepe nak strong lagi ilmu tu . so sejak dua memenjak ni kelas ni agak pelik ==' sebab every group kena jumpa lecturer kat bilik dia . jaoh lah jugak . kalau jalan , hmmmmmm agaknya nasi kerabu + roti john + air tembikai tak cukup kot nak bagi aku tenaga . so kteowg pegi lah naik bas Sikun jaya . pihak universiti telah menyediakan perkhidmatan bas okay ! bukan perkhidmatan urutan batin . baling selipar kang . fikir negatif pulak . kalau before ni , kelas akan di bangunan untuk budak diploma . semua akan gather kat sini . tapi kali ni agak lain sikit jemah oi >.< soo naik bas . sampai jerk kat depan bilik dia . ada satu lagi group gurl merangkap group yang sama dengan gurl yang aku cite kat atas tadi .

so we take turn after them . tunggu punya tunggu punya tunggu . kteowg serius bosan . tetiba ada sorang lecturer ni keluar dari bilik dia . sebelah bilik pensyarah aku .  dia suroh kteowg tggu kat luar . hatiku hatimu . pecah berderai . tengah sedap duduk kat dalam area air-cond , dia halau kita . hmmm sedih bagai . dah lah kat luar panas . bulan puasa pulak tu . mana tak kena halau nyew , kteowg main lawan pantun . tapi pantun kteowg lain sikit . ada versi keperlian sikit . lawan fight dengan group gurl tu . hahahahaaaa , kecoh ! serius mengong gila . so lepas kena halau tu kteowg pon keluar and tggu kat luar . kecoh jugak . hahaha . tapi yang gurl ni keluar pintu belah sana , arah lain . haha .

matahari terbenam , bulan pun tetiba nak show muka . so kelas kenegaraan pon bermula . then , abess jerk kelas kenegaraan kteowg pon dah nak gerak blek . tapi aku jalan sorang jerk time tu . ntah kenapa ntah tetiba nak jalan sorang . tetiba sorang budak group gurl ni tahan aku . dia bagi aku dua lollipop . satu strawberi . lagi satu coklat . kott .

' akim , sini kejap ! nak cakap something '

' apa jerk ? '

' nah , satu kau punya lagi satu bagi kat acap '

'earkk , nape pulak ni ? '

' tak , ni kteowg nak minta maaf kat korang sebab tadi tu , pasal kteowg korang kena halau .. '

' hmm . hahaha , okay okay . thanx '


so aku balik . kat tangga aku terserempak dengan acap . group leader aku . aku pas kat dia then cakap lah . hahaha . masing-masing ketawa . sape yang tak ketawa =,=' salah kteowg jugak . sebab kan kteowg berganding bahu senada seirama yang buat kecoh . tapi dia yang rase bersalah . hmmm okay . sory jugak k . 

fuhh ! k la guys , nak pegi mandi . dah nak bukak pose dah ni . aku puasa okay . nanti jumpa lagi . k Assalamualaikum 



NOTE : jangan kita suka gelakkan orang and the most important is minta maaf kalau dah wat salah walaupun kita tak bersalah -___-' earkk , haha

Monday, 22 July 2013

SAHABAT SELAMANYAA !

HI :) Assalamualaikum


korang sihat ? hmmm kalau sihat kita tak sama ..haha pagi tadi aku tak bangun sahur lagi ! what ? hmmm dah tiga hari aku tak sedar-sedar untuk bangun sahur , btw aku rase pagi tadi roomate aku ada kejot then dalam kedamaian dan ketenangan pagi tu , dalam keadaan yang tak berapa sedar aku dengar lah dia kata makanan kat cafe dah abessss :( amboi , dah abess ? oh my gucci ! hahaahahhaha . sooo aku sambung lahh tidow haha . dengan hharapan hilang lah rasa lapar kat perot ni ..sometimes tu ada lahh jugak perott ni menendang-nendang nak makan **takpregnant** harap maklum :o hahahahah ..okayy mukadimah yang cukup baguss -.-' anyway tetiba aku rindu tahap dewa kat kawan-kawan aku ! ada kat PASUM , UITM , PALAM and sorang lagi akan fly insyaAllah ke Australia kos accounting ..Alhamdulillah tuhan memberikan sahabat yang celik dunia dan akhirat (: ahaks , biasa lahh kan kita sorang jerk tercampak jaoh ke selatan ..dorang semua kat area kl ..bestt nyew tinggal dekat-dekat kann , boleh buat aktiviti sama-sama ..hmm btw in my opinion , all that things does not matter ..wherever we were studied , we still can success in our life ..it's all depends on our efforts anddon't forget to pray ..yesssss ! we always HOPE we can get what we want , but sometimes we don't work for it ..see ? how to get that guys ..everyone in this world have their own speciality ..why we not try to find it >.< soooooo , then it's time for resurgence ..don't just let yourslef in blues ..okayyy (:

hmm bila aku dah speaking , rase nak baling jerk kan mouse tu kat aku ! haha , hanya untuk menguatkan grammar :) aku pon tak pasti betol ke tak ayat tu , haha *gelekpunggung*


      SEKALI AKU DAH KAWAN DENGAN DIA , SELAMANYA DIA TETAP KAWAN AKU  ITU CARA

AKU BERKAWAN ! WALAUPUN AKU MEMPUNYAI KEKASIH , 

TAPI TEMAN TETAP PALING SETIA (: 


mereka , kami and we adalah sahabat selamanya ..dorang lahh yang banyak membantu aku kat hostel dulu ..dalam keadaan aku sedih ..dorang ada disamping aku ..same goes to me ..sometimes bila dorang sedih aku akan sedia di sisi dorang ..kehidupan ni tak semestinya ceria selalu ..sedih selalu..macam yang kita selalu dengar lahh =,=' MACAM RODA ..kejapp kita kat atas kejap kita kat bawah ..barulah kita panggil kehidupan :) kiteowg selalu study sama-sama , even kalau lepak kat dorm pon kalau boleh nak sama-sama ..aku double triple suka kawan dengan dorang sebab dorang friendly sangat ! hahahahhhaha ..setiap kali keluar outing , perkara wajib bagi kteowg adalah serbu kaunter MBO ..nak usha akak kat kaunter tu >.< hahahahahah , takde lahh . tengokk wayang jerk **krikkrikrikrikrik**


kami sahabat kami teman kami kawan selamanya ! (':


anyway , thanx to all my friends espcially my sahabat ! kita kawan selama-lamanya okayy , bukan sehari bukan dua hari bukan tiga hari tapi FOREVER ! hahahahaha ..hmm aku pon malas nak type panjang-panjang ni , lagi banyak typo agaknyew :3 budak bilik ni pon dah bising suroh aku mandi , hahahahhahhahaha >.< jumpa lagii ..k Assalamualaikum


ALHAMDULILLAH :)

HI :) Assalamualaikum

selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak korang ! tahun ni aku lebih banyak masa berbuka puasa kat hostel dengan kawan-kawan ..pejam celik pejam celik dah sampai kita kat bulan yang mulia ni , tapi aku tak tahu lah kenapa aku masih tercari-cari kemanisan Ramadhan tu sendiri ..aku masih belom dapat rasa sepenohnyaa feel tu , hmmmm :3 btw lupakan semua tu ..
then pasal sahur pulak ==' aku ni dah lahh susah nak bangun sahur ..dah banyak kali aku miss sahur , ni semua sebab tidow lambat . ergghhhh *.* dah lahh penat nak fikir apa nak tulis ni , anyway SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK , puasa penohh taw ! nnti aku pos duet raya ..hahahahaha . carilah kemanisan Ramadhan tu , bukan senang nak dapat pahala yang berlipat  kali ganda . cuma dalam bulan ni jerk :o **cakapdengancermin**
k Assalamualaikum

KISAH SILAM :'O


HI :) Assalamualaikum


      fuhhh ! berhabukk sudah ..assalamualaikum kamu, selamat sejahtera >.< lama rasenya tak menghadirkan diri kat blog sendiri ..act banyak bnde nak kongsi dengan kamu ..tapi sejak dua memenjakk ni Allah banyak menduga aku ..haha . biasa lah kan .ni lah kehidupan yang sebenarnya ! btw aku dah update background , ni lahh the best yang aku jumpa ..*krikk-krikk* haha . semua ni adalah usaha sama dari pihak yang berwajib ..thanx kamu yang tolong updatekan blog aku ..terima kasih daun keladi ! 


      soo then aku nak sangat story kat kamu pasal satu kisah silam aku yang aku tak dapat and tak akan lupakan sampai bila-bila (': maybe cerita ni  berat untuk aku ceritakan tapi aku tak nak simpan benda ni lame-lame, susah dan tak boleh .hm aku tak kesah dan tak pernah mengisahkan orang nak cakap pe pasal aku , eh tersedih pulak *makantetikusjapp* okay hilang sedih -.-' hahahahahahahahahahha. setiap detik , setiap saat , setiap minit aku cuba fikirkan balik pasal benda tu agar dijadikan teladan buat aku . mungkin tak semua yang tahu tentang benda ni , tapi aku cuma hamba Dia yang hanya mampu berdoa dan bertawakal ..besides aku jugak muhasabah diri yang hina ni ..mungkin tiada nilai lagi :') kawan-kawan aku adalah pendorong kuat untuk aku berjaya ! bagi aku dorang bukan lagi kawan , tapi dah macam sahabat yang aku tak lupa sampai bila-bila ..dorang tahu masa silam aku ..tapi dorang cuma kate lupakan dan teruskan hidup baru ..aku sayang gila kentang lahh kat korang >.< aku tak kan lupakan jasa korang yang membuatkan aku bangkit semula .. cehh cehh cehhh :* wkwkwkwkkwkwk . 



"Siapapun kamu dimasa silam, tidak bermakna hari ini kamu tak mampu untuk

menjadi seorang muslim and muslimah yang baik" 



  setiap insan yang mempunyai sahabat dan kenalan akan ada kenangan kann ? *kriikkk krikkk* tak kesah lah baik pahit ke manis ke tawar ke terlebih manis ke , honestly memang ada kann ..back to the story aku ni dulu memang rapat dengan dia , sampai dalam satu hari kteowg bersama jep ..biasa lah kan ..life in the hostel , btw think positive okay ! we just friend and not more than friend sampai love gitu ..aku cuma suka berkawan dengan dia sebab dia baik , pendiam , ceria , pandai  and so on ..like normally lah budak asrama kalau tak lepak bilik member memang tak sah kan ..haha ! tyme dulu-dulu tu , aku ada bagi dia baju ..baju NIKE yang aku baru jerk beli time tu (: then sampai sekarang aku still nampak dia pakai even kiteowg dah tak rapat macam dulu lagi , hmmm :') aku tetap anggap kau sebagai sahabat aku ,



     kiteowg rapat sampai form 4 jep , time aku dah start study biologi , chemistry , physics and addmaths ..hahhahaha tak de kena mengena :o soo lepas jep peristiwa tu berlaku , honestly benda tu tidak disengajakan ..tapi aku sedar kekhilafan yang aku dah buat ..mungkin ada hikmahnya ..mungkin Allah jep yang tahu apa perasaan aku time tu :') aku tak dapat buat apa-apa time tu ..aku terima jerk  lahh takdir yang Allah dah tetapkan buat hambanya yang hina ini ..start from that moment , dia unfriend aku kat facebook and mula jauhkan diri dari aku ..aku sedar sape lah nak kawan dengan aku yang jahat ni -_-' hmm aku pasrah , aku redha walaupun sakit ..sejak dari tu jugak aku kerap jumpa nak minta maaf kat dia ..but he said he had forgived me ..thanx friend forgive me ..may Allah bless you , may happiness be with you ..dari jauh ni aku doakan kau berjaya dunia and akhirat ..kalau kau nak lupakan aku , takpe ..aku takde hak nak halang semua tu ..it's all depend on you (':

  oh noo jangan sedihhhh ! **lempangmuka x 1000000**motherfathergentleman**

even semua tu menjatuhkan semangat aku , tapi aku tetap ada kawan ..kiteowg ni kat sekolah and asrama kalau boleh nak berkepit jerk >.< haha . hmm dorang lahh yang banyak tolong aku dalam semua perkara , even dalam akademik ^^, Alhamdulillah tuhan masih sayangkan aku ..haha ..

hmmmmm dah jaoh dah ni , penat aku taip :3 sampai sini jerk lah dulu warkah dari aku ..ahahhahahahahahaks jelly kita dengar ..okayyy pegi mandi nak berbuka puasa ! k Assalamualaikum .