HI :) Assalamualaikum
feel rindu kat sekolah biasanya happen kat budak u macam aku. biasalah kan dari kecik mama and papa kita hantar kita kat tadika or taska. sikat rambut belah tepi dan bekal makanan tu perkara wajib mesti ada setiap hari. kalau takde mesti kita mengamuk. merajok tak nak pegi sekolah. kalau macam aku dulu. tadika aku ada buaian. alaaaa yang macam kat taman permainan kanak-kanak tu. setiap kali waktu rehat , sume akan makan laju-laju kalau boleh nak amek turn naik benda alah tu. hmm mana tak nya , ada dua jerk. budak-budak comel pulak bukan seketul dua , ada lah dalam 20 orang. earkk -,-' berebut tu menjadi perkara penting. so kepada tadika-tadika di seluruh negara, perbanyakkanlah buaian okay. **gurau** aku masih ingat lagi cikgu tadika aku. pasangan suami isteri >.< then perkara yang aku ingat sampai sekarang dia ajar aku kteowg makan buah limau. comel kannn ! *krikkkkkk*
lepas dah dewasa sikit , actually tak kot. hahaha .sekolah rendah yang tersimpan seribu kenangan. bnyak perkara yang aku tak dapat nak lupakan. contohnya masa aku darjah empat.
cikgu bm : "okeyh kelas , hantar buku penulisan. kerja rumah yang saya bagi awak semua kelmarin ."
aku : "baik cikgu. " *semangat*
cikgu bm : "sape yang tak bawak , tak siap tak apepon , datang depan ."
tetiba bila aku cari balik buku tu dalam beg power rangers aku , takde pulak ! eh kalau tak silap aku malam tadi aku dah masukkan. sebab semalam jugak aku dah siapkan dengan bantuan ayah ' hmm tertinggal lah ni . oh my gucci ! then dengan muka innocent aku pegi berbaris kat depan. jantung memang tak yah cakap lah. mengalahkan hussein bolt , agaknya kilat pon kalah. ada la dalam 10 orang jugak. masing-masing muka macam simisimi ,comel tapi takut . hmm maklumlah rotan dah sedia menunggu. masa turn aku nak kena rotan , cikgu tnya kenapa. explanation aku mengalahkan karangan yang aku buat semalam. tapi tak diterima jugak. sobsobs (T.T) lepas semua dah kena rotan , aku dengan tak puas hati double triple checked bag aku tu. rupanya buku tu ada , terselit kat bawah meja masa aku keluarkan buku maths. erghhhhhhh ! sakitnya hati hanya tuhan yang tahu. aku pon hantar lah buku tu kat cikgu. hmm satu kelas ketawakan aku , malu siot >.< putih-putih melati , merah-merah muka aku. rasa macam nak lari jerk pusing padang. btw semua ni adalah kenangan yang mungkin aku tak kan lupa sampai aku dah bercicit. InshaAllah .

tapi zaman sekolah menengah adalah perkara yang paling aku tak boleh lupa. pahit , manis , masam dan masin mungkin adalah satu pengalaman yang aku tak akan lupa. aku dihantar ke asrama sejak aku form 1 , senior banyak panggil aku jambu. tapi bukan aku sorang sebab almaklumlah muka budak-budak lagi. lagi satu sebab aku rapat dengan ramai senior. oh what the ! benda yang aku tak suka bila malam-malam aku kena panggil senior pegi bilik dorang. dorang suroh aku menyanyi ! hahahahahahaha. soo sometimes aku nyanyi jerk lah , tapi sometimes tak. ada satu hari tu aku nyanyi lagu pencinta wanita **famousmasatu**. suma yang ada dalam tu ketawa kat aku. hmm nak sangat aku nyanyi kann. kan dah keluar suara lunak aku. lepas nyanyi ada yang bagi aku aku air kotak. baik jugak senior aku rupanya :) aku tak kesah pon kena panggil. as long as dorang tak buli aku ==' hahaa. tapi yang peliknya bila dia suroh tiup kipas angin sampai pusing tapi suis tak bukak ! hmmmm cam ne tu ? hahaha.
SETIAP DETIK YANG KITA LALUI WALAUPUN SEKEJAP AKAN MENINGGALKAN
KENANGAN YANG AKAN KITA INGAT SAMPAI BILA-BILA
oh birthay prank ! benda yang paling aku benci. tepung , air nila , campak kolam and so on menjadi perkara biasa. lari lah mana pon , rakan setingkatan sedia membantu. bila time hari birthday jerk , kalau boleh tak nak cakap kat orang. cuma diam seribu bahasa ^^, the best way nak elak bnde alah ni. by the way , sejaoh mne pun kita lari , kita still tak dapat keluar kawasan sekolah . budak-budak yang agak hawauw pun akan turut serta dalam marathon ni ^^, demi mengejar mangsa . kahkahkah .bila dh dapat first thing is campak kolammm ! eeeuuuwwwww . kolam yang agak berlumut , sapa yang sanggup .
tidow dalam kelas lah , kena jalan itik sebab tak siap homework , kena tengking . hmmmmmm perkara biasa lah . dah sebati kat diri ni . so kalau tak nak kena , terpaksa lahh menyenggangkan mata sendiri sampai pagi nak buat homework , sometimes dalam satu hari banyak dia mengalahkan bilangan rakyat India . errrrr . tp untuk kejayaan kita jugak kan .
masa tinggal form 5 jerk kat hostel , bila semua budak dah amek cuti bersalin . akhir tahun lah katekan . kteowg form 5 jerk tinggal kat hostel . inilah masanya untuk menggunakan semua facilities yang disediakan , hahaha . dah lah dalam tempoh iddah exam tu , before paper biology and chemistry . soooo kteowg jadik cergas sikit , snap sana snap sini dalam pukul 2 a.m kalau tak silap >.< besst gila . banyak pic gila yang kteowg amek . contohnya baring atas tar sambil menikmati keindahan malam and atas bumbung dewann . hahaha -.-' api pic tu sensored ! bahaya menanti (: inilah masanya untuk tunjukkan siapa diri kita sebenar .
 |
| english drama competition ^^, |
 |
| malam-malam terakhir di sekolah :3 |
 |
| bersama cik senah , pakar bidang masakan :) |
 |
| snap pic ! hobi kami >.< |
tapi yang paling sedih adalah saat perpisahan antara kami. masing-masing ada hala tuju mereka. saat perpisahan ni memang kteowg menangis kerana bukan senang kita nak berjumpa lepas keluar jerk dari sekolah. even stylo ang gangster mana pon dia , nangis jugak jemah oi ! choyyy , hahahaha. bagus dalam hati ada taman :) hmm banyak lagi kenangan yang aku tak akan lupakan sampai aku mati. kalau nak cerita kat sini , rasenya penat nak mambaca kann , **krikkkkkkrikkk lagi**
hmm di kesempatan ini , aku cuma nak cakap yang aku rindu zaman sekolah aku ! serius , ni bukan mambang. setiap orang mesti ada kenangan dorang masing-masing. k la , agak mengantok lagi ni . kejap lagi nak solat jumaat :* k nak sambung tidow. Assalamualaikum
NOTE : siapkan homework taw -__-' and cari buku sampai jumpa ! jangan mengalah .hahah . i love my schools